Friday, September 2, 2011

4 syawal: Lembaran baru dalam kamus hidup

smile is sadaqah ^__^

oleh: Nawwar Azizi

Alhamdulillah, Hari ini aku mahu membuka kamus baru dalam hidupku. Aku mahu berazam untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Segala sifat-sifat mazmumah ingin ku buang dari melekat pada diri. Aku mahu berusaha menjadi seorang yang solehah. Sifat-sifat mahmudah aku cuba untuk semai dalam jiwa dan diri aku.
Susahnya nak istiqomah. Tetapi jika kita tak bermujahadah melakukannya memanglah susah. Nak tak nak kena usaha.

Berusaha untuk menjadi yang terbaik. Bermuhasabah segala dosa dan kesilapan dimasa lalu. Kakak bagi contoh yang baik kepada adik supaya adik tak ulangi kesalahan kakak. Kakak nasihat adik supaya adik jadi lebih baik.

Inginku berpesan, jangan tinggalkan Al-quran, sentiasa baca maknanya. Jika tak sempat sangat pun nak baca waktu pagi cuba baca waktu awal2 sampai ofis/kelas. Satu muka pun jadilah. Kena paksa diri baru boleh istiqomah.

Inginku berazam untuk mengkhatamkan Al-quran, sentiasa dalam berzikir, berselawat dan beristighfar.

Hai diri, umur sudah meningkat 22 tahun, bagaimana amal ibadatmu dan amalanmu?!

1. Berazam yang baru- berpesan seorang ulama' kita hendaklah sentiasa memperbaharui niat agar setiap perkara yang kita lakukan adalah berniat ibadah dan juga dilakukan semata-mata kerana Allah.

2. Bertekad dan bercita-cita tinggi- setiap muslim yang mukmin mesti bercita-cita tinggi untuk membangunkan ummat dan juga membentuk Daulah Islamiah bermula daripada dirinya secara individu.

3. Bersemangat Bersaudara- sentiasa ingin berukhuwah dengan semua. Kerana semua orang Islam itu bersaudara, iaitu saudara seislam. Kita harus senyum dan bersalaman dengan semua orang. Kita juga perlu ada rasa kasih dan sayang kepada semua makhluk ciptaan Allah.

4. Bersemangat Menyelesaikan masalah- untuk menjadi dewasa, kita harus tahu bagaimana untuk memecahkan masalah kita dan mencari solusi. Serius dalam bekerja dan juga bersikap Profesional. Kita tetap menjalankan kerja disamping terus menjaga batas-batas syarak dalam pergaulan dan juga beretika.

5. Bersemangat untuk melaksanakan kebaikan- sentiasa berusaha untuk mencari ilmu dan berbuat baik terhadap orang lain, sentiasa mencari peluang untuk membantu dan menyumbang dalam apa juga bahagian dan bidang yang boleh dibantu.


6. Bersopan-santun serta menjaga diri- Hidup di negeri orang meskipun sendiri, tidak punya sahabat, namun harus cekal dan kuat. Jaga adab dan sopan santun agama. Jaga nama keluarga, nama negeri juga nama universiti.

7. Bertaubat dan memaafkan orang lain- Bertaubat kepada Allah, Memaafkan setiap perbuatan orang kepada kita. Sentiasa bersabar dengan ujian. Mohonkan rahmat dan hidayah daripada Allah.

Teringat doa pesanan ustazah Ayu- ustazah di kelas pengajian di tabung haji.

Doa kepada orang yang mencuri dan merompak:

Bismillahirahmanirrahim.

ya Allah jika dia (pencuri itu) miskin, kayakanlah dia.
ya Allah jika dia (pencuri itu) kaya, berikanlah dia Hidayah.

Amin ya rabbal Alamin.

8. Hiduplah dengan gembira semata-mata mengharap ar-Rahman dan ar-Rahim dari Allah.
- Allah Maha Penyayang dan Allah Maha Pengasih kepada hambanya. Setiap detik waktu kita telah disusun atur oleh Allah dengan cantik dan Indah. Maka janganlah kita rosakkan keindahan itu dengan menyalahkan takdir. Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Pohonlah ampunan kepada Allah selalu, kerana kita sebagai manusia memang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan.

~Sebagai penutup, hiduplah harini dengan keimanan kepada Allah, agar hari esok kita bangun untuk terus menjadi hamba yang muttaqeen dan semoga kita tergolong dalam golongan orang yang soleh. Betapa susah dan payah kita mendaki ilmu untuk mendapat segulung ijazah, tetapi betapa banyak usaha kita untuk mencapai Redho Allah? tepuk dada, tanyalah iman.


 








No comments: