Wednesday, September 23, 2015

Zero to Hero: kenangan & ingatan

Alhamdulillah.. Allah izinkan daku mendengar pengisian tentang sedikit bingkisan hasil daripada bedah buku Zero to Hero.

"Kita kena rasa Islam itu...sampai sedap macam kita makan coklat...dan saat coklat itu mencair dalam mulut kita...kita merasai kelazatan dan keenakan coklat tersebut...alangkah enaknya..." (penghulu jdk utara, 2010) ^__^

Kita kena bersyukur dengan anugerah Islam yang Allah berikan untuk kita. Kerana apa? Kerana Jahiliyah dengan Islam itu adalah dua perkara yang cukup berbeza. Nikmatnya kita sebagai seorang Islam akan menyebabkan kita tinggalkan Jahiliyah yang kotor.

Islam itu akan mengubah 360 darjah kehidupan kita. "Shift Paradigm"

Kewajipan kita lebih banyak dari waktu yang ada (IHAB)

Jadi kita kena gunakan waktu kita dengan sebaik-baiknya. Jika kita ada kepentingan dan tugas kita perlu selesaikan segera.

"Kita gunakan waktu kita secara Berkualiti"

Kata Hassan Al-Basyri
1.semalam adalah masa yang dah lepas
2.esok adalah masa yang belum tentu untuk kita
3.sekarang-adalah masa yang ada. Maka BUAT SESUATU!! gunakan masa secara berkualiti.

(hal ini menggambarkan betapa sikitnya waktu yang kita ada.)


Berkata seorang sahabat,Sofiyan; aku nak 1 waktu 1 tahun amalku macam Abdullah Mubarak.
Padahal amal Sofiyan tarafnya seperti Abu Bakr dan Umar..Tapi dia masih berkata begitu.

seorang yang menjaga masa, akan merasai hidupnya untuk Allah. Walaupun amal yang dilakukan begitu banyak, namun dia masih merasakan tidak cukup.

Apa yang disibukkan didunia ini, semuanya untuk akhirat. Untuk bekalan akhirat.

Mereka menyedikitkan tidur untuk merasai nikmat ibadah bangun diwaktu malam.
Mereka tidak berlebihan dalam bergaul untuk mengelakkan rasa lalai dan lagho. Untuk merasai kelazatan Iman.

Mereka menjauhi maksiat supaya fikirannya sihat.

Kata Ibnu rajab: sesiapa pelihara ketaatan pada Allah dimasa muda dan semasa kuat, maka Allah akan memelihara ketika tua dan kekuatannya ketika lemah.

Apa yang kita buat waktu muda akan menjadi kuat waktu tua.

::Penglihatan kita
::Pendengaran kita
::Kemampuan Berfikir

Ada setengah ulama- umurnya telah mencapai 100 tahun, tetapi badannya masih sihat dan tajam daya ingatan. Bahkan mereka tegap berjalan dan mampu melompat. Anggota tubuh ini kamu pelihara dari maksiat. Memeberi kesan sewaktu tua.

Dan sesungguhnya dalam diari atau kamus hidup seorang muslim itu tiada perkataan boring. Kerana mereka akan sentiasa menggunakan akal fikiran mereka untuk merancang..

Kenapa kita sering hilang momentum? Kenapa kita sering tiada semangat?

1. Kurang sensitif kepada kebaikan
-barang siapa bergembira atas kebaikan dan bersedih atas keburukannya, dia adalah mukmin.

janganlah sesekali kita memperlekehkan kebaikan. jagalah hati kita, agar dia sentiasa sensitif dengan kebaikan. Hati seperti kuasa yang mengawal semua pancaindera.

Hati ibarat kem Komanden dan anggota pancaindera lain2 ibarat anak2 atau peserta. Jika hati kita relax dengan kebaikan maka pancaindera lain juga akan turut relax..Nauzubillah..

Astagfirullahalazim, Jangan relax2..sampai last-last langsung x buat apa2 kebaikan, dan tiada peningkatan dalam diri dan juga tiada potensi dalam kehidupan.

Kata Imam Al-Ghazali dalam nasihatnya:

Setiap anggota tubuh kena tunaikan zakat kepada Allah.

Zakat mata: melihat dan mengambil ibrah (pengajaran) dan menghindari yang haram

Zakat telinga: mendengar sesuatu yang menjamin keselamatan dari api neraka

Zakat lisan:berbicara untuk mendekatkan diri kepada Allah

Zakat tangan:menahan tangan daripada melakukan keburukan

Zakat kaki:berusaha melakukan apa yang baik untuk hati

2.Tidak Ada ILMU

Jika kita menuntut ilmu, Allah akan menaikkan beberapa darjat disisi Allah.
Jika kita membincangkan ilmu, mengajarkan dapat pahala zikir dan sedekah.

3. Allah menunda Kejayaan@ Allah menangguhkan kejayaan

mungkin kita kurang berusaha..kita kena berserah kepada Allah.
jika rasa masa tak cukup..sebenarnya jika kita tolong agama Allah, Allah akan menolong kita.

Allah tunda kejayaan bukan sebab Allah tak sayang tapi Allah nak bagi jalan yang luas lagi untuk kita.

4.Kita tak aktif.

Momentum sifat seiring dengan waktu. Hanya orang yang boleh mengambil potensi itu untuk burst dengan waktu tu Allah bagi. Hal ini bukan disebabkan doa yang panjang lebar tu Allah bantu. Tetapi di sebabkan oleh Kedekatan, Ketulusan, Attendence Qiam, Keyakinan dan Berdoa dengan penuh Harap dan takut..Rasa helpless, rasa kebergantungan yang amat sangat pada Allah.

Everything adalah Keikhlasan.. Kita masuk Islam juga kena Ikhlas. Jika orang Jepun yang memeluk Islam itu Ikhlas maka Orang Jepun itu lebih beriman daripada orang Arab. Allah tak kira status, rupa, bangsa.. x kira kita duduk dimana pun..

Cuma kita tak dapat rasa kasih sayang Allah...Allah bantu kita, mudahkan urusan kita..tapi kita tak rasa semua itu adalah kerana Kasihnya Allah kepada kita.

Allah bagi kesihatan, bergerak, melihat- Kasihnya Allah kepada kita, Allah beri kita kemudahan untuk kita siapkan assignment dalam masa yang ditetapkan..

Allah tengok hati sebenarnya.
Walau hebat tapi x ikhlas
Allah tak pandang.

Kita buat je. Jangan pilih2 kebaikan.
Buat je.
Allah yang bagi.


nota: rindu saat dirumah Zero to Hero :-)
nota hati: siapa nak lagi, sila baca buku Zero to Hero. ok :-)

Friday, September 2, 2011

4 syawal: Lembaran baru dalam kamus hidup

smile is sadaqah ^__^

oleh: Nawwar Azizi

Alhamdulillah, Hari ini aku mahu membuka kamus baru dalam hidupku. Aku mahu berazam untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Segala sifat-sifat mazmumah ingin ku buang dari melekat pada diri. Aku mahu berusaha menjadi seorang yang solehah. Sifat-sifat mahmudah aku cuba untuk semai dalam jiwa dan diri aku.
Susahnya nak istiqomah. Tetapi jika kita tak bermujahadah melakukannya memanglah susah. Nak tak nak kena usaha.

Berusaha untuk menjadi yang terbaik. Bermuhasabah segala dosa dan kesilapan dimasa lalu. Kakak bagi contoh yang baik kepada adik supaya adik tak ulangi kesalahan kakak. Kakak nasihat adik supaya adik jadi lebih baik.

Inginku berpesan, jangan tinggalkan Al-quran, sentiasa baca maknanya. Jika tak sempat sangat pun nak baca waktu pagi cuba baca waktu awal2 sampai ofis/kelas. Satu muka pun jadilah. Kena paksa diri baru boleh istiqomah.

Inginku berazam untuk mengkhatamkan Al-quran, sentiasa dalam berzikir, berselawat dan beristighfar.

Hai diri, umur sudah meningkat 22 tahun, bagaimana amal ibadatmu dan amalanmu?!

1. Berazam yang baru- berpesan seorang ulama' kita hendaklah sentiasa memperbaharui niat agar setiap perkara yang kita lakukan adalah berniat ibadah dan juga dilakukan semata-mata kerana Allah.

2. Bertekad dan bercita-cita tinggi- setiap muslim yang mukmin mesti bercita-cita tinggi untuk membangunkan ummat dan juga membentuk Daulah Islamiah bermula daripada dirinya secara individu.

3. Bersemangat Bersaudara- sentiasa ingin berukhuwah dengan semua. Kerana semua orang Islam itu bersaudara, iaitu saudara seislam. Kita harus senyum dan bersalaman dengan semua orang. Kita juga perlu ada rasa kasih dan sayang kepada semua makhluk ciptaan Allah.

4. Bersemangat Menyelesaikan masalah- untuk menjadi dewasa, kita harus tahu bagaimana untuk memecahkan masalah kita dan mencari solusi. Serius dalam bekerja dan juga bersikap Profesional. Kita tetap menjalankan kerja disamping terus menjaga batas-batas syarak dalam pergaulan dan juga beretika.

5. Bersemangat untuk melaksanakan kebaikan- sentiasa berusaha untuk mencari ilmu dan berbuat baik terhadap orang lain, sentiasa mencari peluang untuk membantu dan menyumbang dalam apa juga bahagian dan bidang yang boleh dibantu.


6. Bersopan-santun serta menjaga diri- Hidup di negeri orang meskipun sendiri, tidak punya sahabat, namun harus cekal dan kuat. Jaga adab dan sopan santun agama. Jaga nama keluarga, nama negeri juga nama universiti.

7. Bertaubat dan memaafkan orang lain- Bertaubat kepada Allah, Memaafkan setiap perbuatan orang kepada kita. Sentiasa bersabar dengan ujian. Mohonkan rahmat dan hidayah daripada Allah.

Teringat doa pesanan ustazah Ayu- ustazah di kelas pengajian di tabung haji.

Doa kepada orang yang mencuri dan merompak:

Bismillahirahmanirrahim.

ya Allah jika dia (pencuri itu) miskin, kayakanlah dia.
ya Allah jika dia (pencuri itu) kaya, berikanlah dia Hidayah.

Amin ya rabbal Alamin.

8. Hiduplah dengan gembira semata-mata mengharap ar-Rahman dan ar-Rahim dari Allah.
- Allah Maha Penyayang dan Allah Maha Pengasih kepada hambanya. Setiap detik waktu kita telah disusun atur oleh Allah dengan cantik dan Indah. Maka janganlah kita rosakkan keindahan itu dengan menyalahkan takdir. Semua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Pohonlah ampunan kepada Allah selalu, kerana kita sebagai manusia memang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan.

~Sebagai penutup, hiduplah harini dengan keimanan kepada Allah, agar hari esok kita bangun untuk terus menjadi hamba yang muttaqeen dan semoga kita tergolong dalam golongan orang yang soleh. Betapa susah dan payah kita mendaki ilmu untuk mendapat segulung ijazah, tetapi betapa banyak usaha kita untuk mencapai Redho Allah? tepuk dada, tanyalah iman.